Hidayah dan rahmat

Posted: August 7, 2014 in Perasaan Hati
Tags: , , , , , , , , ,

image

Pagi tadi Tuan Pengarah panggil aku masa aku tengah mengajar. Suspense juga kenapa Pengarah nak aku tiba-tiba dan serta-merta. Bila aku sampai bilik dia aku tengok budak ni ada kat situ.

Pengarah tanya, “Awak kenal dia ni?”

“Tak.”

Pengarah buat muka incredulous, “Tak kenal?”

“Maksud saya, saya tahu tentang dia tapi saya tak kenal dia.”

Terus Pengarah pun bersyarah kat budak ni. Oleh sebab aku ada kat situ, maka dengan aku sekalilah kena dengar syarahan tu. Tapi nak kata hidayah Allah tu halus. Pengarah dok berleter kat budak tu, tapi aku rasa pada aku pula yang lebih terkesan. Antara benda yang Pengarah tanya adalah sama ada dia mendoakan ibunya. Budak tu jawab ada. Budak yang “jahat” ni sentiasa doakan Allah ampunkan dosa ibu bapanya, murahkan rezeki mereka, dan permudahkan segala urusan mereka dunia akhirat. Tertampar juga rasa bila direnung bahawa dari aspek ni, rasanya budak ni jauh lebih baik dari aku. Pengarah beritahu budak tu suruh minta ibunya doakan supaya dia mendapat hidayah; aku rasa Pengarah, budak tu dan seluruh insiden ni adalah suatu bentuk hidayah buat aku.

Dalam kami berbincang tu, pada suatu ketika Pengarah tanya adakah aku bersetuju jika budak ini ditamatkan pengajian sahaja. Berderau darah aku. Sebuah masa depan, sebuah kehidupan – semua tu Pengarah tiba-tiba letak dalam tangan aku. Nasib baik malam sebelumnya, apabila aku ditunjukkan status di atas, aku dah sembang-sembang dengan kawan-kawan baik aku tentang apa yang aku patut cakap pada budak ni andai kata dia call aku. Jadi aku cakap bahawa pada aku ia bergantung kepada rekod pelajar. Jika dia memang sudah banyak bermasalah mungkin kita terpaksa berbuat begitu. Lalu Pengarah kata ini kali pertama buat pelajar ni. Maka aku jawab jika itu keadaannya maka aku tidak bersetuju. Memang pelajar ni dah buat silap, tapi takkan kita tak beri ruang langsung untuk anak-anak kita perbaiki diri mereka?

Pengarah tersenyum sekejap. Dia tanya aku umur berapa. Hakikatnya beza umur aku dengan budak tu tak mungkin lebih dari 10 tahun. Kalau nak kira dia tahap adik sahaja, tapi aku rasa Pengarah sangat impressed sebab aku anggap para pelajar sebagai “anak-anak”. To be honest aku sendiri pun impressed macam mana aku boleh keluarkan speech macam tu.

Benda kalau dah jadi selalunya kita manusia tak nampak hikmah Allah. Contohnya benda macam ni – ianya sebuah kejadian yang kurang elok dan semua orang jadi kalut sebabnya. Tapi di sebalik kekalutan itu, terlihat sebenarnya sokongan dari rakan-rakan warden dan para pensyarah yang lain. Mana-mana mereka yang tahu cerita semua took offense on my behalf dan tak salahkan aku langsung, malahan mereka pula yang mendesak pihak pentadbiran untuk ambil tindakan terhadap budak tu. Oleh sebab perkara ni terjadi, aku yang bukan kakitangan kolej tapi sekadar kontraktor sedikit sebanyak telah mendapat ruang di kolej. Kalau Tuan Pengarah sendiri campur tangan untuk mempertahankan seseorang, maknanya orang itu dianggap sebagai ahli organisasilah kan? Dulu mereka tak mahu beri aku tempat tinggal pun; tadi sebelum bersurai Pengarah tanya aku sudah pindah masuk kuarters ke belum dan nampaknya dia expect aku untuk pindah dalam masa terdekat.

Ini semua rahmat Allah yang tersirat yang kita mungkin takkan perasan kalau kita tak halusi sesuatu insiden tu. Maka sesungguhnya Allah sahajalah yang lebih mengetahui segala sesuatu dan aku mestilah berubah menjadi orang yang lebih bersyukur.

Leave a comment